Pameran Pusat Internet

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Perlawanan Bola Sepak 9-Sebelah anjuran Persatuan Belia Senja Permai Kg.Terusan Labayan yang berlangsung selama 3 hari, Pusat Internet Pulau Bum-Bum dengan kerjasama Pusat Internet Kg.Bubul Lama telah mengadakan satu pameran yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat apa itu Pusat Internet, ICT dan juga Klik Dengan Bijak sekali gus, merapatkan lagi hubungan diantara starf Pusat Internet dengan komuniti.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj Zulkiflie Bin Allani selaku Setiausaha Politik Menteri Kerajaan Tempatam & Perumahan Negeri Sabah yang sudi meluangkan masa untuk melawat booth pameran PI. Terima kasih juga kepada Naib Presiden SAFA daerah Semporna iaitu En.Muluk kerana sudi berkunjung ke booth pameran Pusat Internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali