Jelajah Didik ICT ke Sk Pulau Sumandi (Advokasi)
22 Februari uari 2018 | Aktiviti TerkiniPihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Internet (PI) telah melancarkan kempen “keselamatan Internet”dan mengadakan satu ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak menerusi program PI yang dikenali sebagai Jelajah Didik Ict (JDI) bersama murid sekolah. Pusat Internet Pulau Bum-Bum bersam dengan PI daerah Semporna yang lain telah mengadakan ceramah KDB dan aktiviti di sekolah Sk Pulau Sumandi, Semporna.
Seramai 240 orang pelajar yang masing-masing terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 6 yang mengikuti program tersebut yang berlangsung bermula jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Antara pengisian program tersebut adalah ceramah berkenaan Buli siber dan Klik Dengan Bijak. Terdapat juga aktiviti yang dijalankan seperti puzzle dan basic ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: