Public Speaking (Klik Dengan Bijak)
14 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan aktiviti yang dinamakan Public Speaking, dimana para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan seramai 2 orang ahli. Mereka diberi tugasan untuk menyediakan bahan pembentangan berkaitan tajuk yang telah diberi. Terdapat 4 tajuk yang diberikan kepada 4 kumpulan iaitu apa yang dimaksudkan dengan Klik Dengan Bijak, Buli Siber, pencuri identiti dan perlindungan maklumat peribadi.
Mereka diberikan masa selama 40 minit untuk mencari bahan berdasarkan tajuk dan kemudian membentangkanya dihadapan rakan-rakan yang lain. Hasil daripada aktiviti tersebut, dapat melatih para pelajar untuk bercakap dihadapan khalayak ramai, mempupuk semangat berpasukan dalam mencari bahan dan maklumat serta melatih mereka untuk berfikiran diluar kotak. Aktiviti tersebut berlangsung selama 2 jam bermula jam 2 petang hingga 4 petang dan seramai 8 orang pelajar mengikuti aktiviti tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan aktiviti ini mendapat sambutan menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: