Kuiz Kemerdekaan “Sayangi Malaysiaku”
06 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada tahun ini Negara Malaysia sekali lagi akan menyambut Kemerdekaan kali ke-61 tahun yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku”. Pusat Internet Pulau Bum-Bum mengambil peluang pada bulan Ogos ini untuk mengadakan kuiz berkaitan kemerdekaan kepada para ahli Pusat Internet. Seramai 8 orang pelajar sekolah telah mengikuti kuiz kemerdekaan yang diadakan di bilik latihan Pusat Internet Pulau Bum-Bum. Aktiviti ini bertujuan untuk mengimbas kembali sejarah tanah melayu sekali gus dapat menyemai semangat kemerdekaan dalam kalangan anak-anak muda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: