Hari Terbuka PI bersama komuniti
13 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniProgram “Open Day” ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengenalan kepada masyarakat di sekitar daerah Semporna khususnya di Pulau Bum-Bum serta tujuan dan fungsinya. Dalam program tersebut juga akan diselitkan dengan program hari keluarga (Family Day) dimana ianya berobjektif untuk mengeratkan hubungan sillaturahim antara masyarakat dengan PI dan SKMM. Di samping sebagai pendedahan terhadap kegunaan ICT dan meningkatkan taraf sosioekonomi dan berkomunikasi. Oleh yang demikian, program sedemikian bukan sahaja difokuskan terhadap golongan remaja malah ianya terhadap penduduk setempat secara holistik.
Hari terbuka PI Pulau Bum-Bum telah berlangsung bermula jam 8.00am sehingga jam 12.00pm. Antara aktivti yang diadakan seperti pertandingan ICT iaitu melukis menggunakan Paint dan Typing Microsoft Word dan Power Point. Acara sukan neka juga turut diadakan seperti aktviti baling belon berpasangan (dewasa dan kanak-kanak), jalan berpasangan (dewasa dan kanak-kanak) dan makan bersama keluarga. Program tersebut juga dimeriakan dengan acara cabutan bertuah. Seterusnya, majlis telah dimeriakan lagi dengan kehadiran Ketua Pemaju Masyarakat Kg Terusan Tengah Iaitu Encik Monammad Mansur Bin Ab Jalil selaku penyampai hadiah kepada para pemenang
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: