Jelajah Didik ICT (JDI)
23 Jan 2019 | Aktiviti TerkiniProgram JDI adalah program yang bertujuan untuk mendedahkan murid-murid sekolah mengenai penggunaan ICT, asas-asas komputer sekaligus memupuk kesedaran dalam diri serta membudayakan penggunaan internet secara positif. Program JDI merupakan program gabungan untuk Pusat Internet Kluster Semporna. Kali ini PI Kluster Semporna, telah ke SMK Bum-Bum yang terletak di Pulau Bum-Bum untuk memberi kesedaran berkenaan keselamatan semasa melayari internet.
Program tersebut terbahagi kepada dua sesi, sesi pertama untuk pelajar tingkatan 4 dan sesi kedua untuk pelajar tingkatan 5. Antara pengisian program tersebut ialah memberi pendedahan berkenaan Klik Dengan Bijak, Bulii Siber, Online Grooming, Maklumat Palsu, Oversharing dan aktivit-aktivit berkaitan komputer dan aplikasi dalam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: