Jelajah Didik ICT
17 April 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Jelajah Didik ICT yang bertempat di SMK Kabogan II Pekan Semporna, telah diadakan pada 16 April 2019 yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Iaitu seramai 141 orang pelajar. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek utama iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab. Mendedahkan para pelajar berkenaan Klik dengan Bijak terutamanya dalam dunia buli siber, ketagihan Internet, Cyber Grooming dan LoveSam yang tidak sepatutnya berlaku pada masa kini.
Aktiviti secara berkumpulan turut diadakan bertujuan untuk memberi lebih kefahaman kepada pelajar akan aspek-aspek advokasi yang telah disampikan serta menguji kebolehan pelajar berucap dan menerangkan kepada pelajar lain yang terlibat. Selain itu, sesi soal jawap spontan setiap aktiviti turut diadakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: