Jelajah Didik ICT

22 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Jelajah Didik ICT kali ini Pusat Internet Kluster Semporna telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah Pulau Bum-Bum. Program yang bermula pada jam 9.30am-12.00 pm telah dihadiri oleh murid-murid sekolah seramai 231 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Ibu Bapa seramai 41 orang.

Antara pengisian program tersebut ialah memberi pendedahan berkenaan Buli Siber kepada pelajar sekolah dan peranan serta kawalan semasa melayari Internet khususnya diberikan kepada Ibu Bapa. Terdapat juga aktiviti yang dilakukan seperti Jigsaw Puzzle dan lukis serta namakan komponen komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali