Kid’s Digital Pintar

22 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Kid’s Digital Pintar merupakan program lawatan sambil belajar oleh kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum. Seramai 10 orang pelajar tabika bersama 2 orang guru pengiring telah ke Pusat Internet Pulau Bum-Bum.

Dalam program tersebut, staf PI telah menerangkan serbah sedikit berkenaan Pusat Internet dan asas-asas ICT seperti pengenalan kepada komputer, E-Learning iaitu ABCya. Selain itu, melukis dan mewarna menggunakan aplikasi PAINT dan aktiviti Origami melalui You tube.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali