Program Bersama Penternak Rumpai Laut Dengan Kerjasama Jabatan Perikanan

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah membuat satu program kerjasama bersama Jabatan Perikanan kepada pengusaha rumpai laut yang terdapat di Pulau Bum-Bum. Program ini telah diadakan di Kampung Gelam-gelam yang merupakan salah satu Kampung yang paling banyak mengusahakan rumpai laut dan Kampung Gelam-gelam juga merupakan kampung yang mempunyai pelantar untuk menanam rumpai laut dengan mudah serta senang untuk penduduk Kampung menanam benih. Tujuan program dijalankan mendedahkan lagi para pengusaha mengenai penanaman rumpai laut serta bantuan yang boleh dipohon pengusaha di Jabatan Perikanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali