Kursus Makanan Ringan Berasaskan Ubi Kayu
23 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan program anjuran Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga Mpkk Kg Egang-Egang Malanu yang memfokuskan kepada golongan wanita untuk meningkatkan pendapatan ekonomi isi rumah, dengan menjadikan Ubi Kayu yang merupakan tanaman utama penduduk kampong untuk dijadikan sebagai produk makanan ringan iaitu kerepek Ubi Kayu. Dengan bantuan Pusat Internet Pulau Bum Bum akan membantu komuniti dalam memasarkan produk mereka melalui kelas-kelas yang akan diadakan di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: