Program Keusahawanan Pusat Internet Pulau Bum-Bum dengan Kerjasama MARA

11 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program keusahawanan turut diteruskan pada 10 Julai dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program ini bertujuan bagi membantu para usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan kehadiran Encik Nazrie Bin Mohammad selaku pegawai MARA Daerah Semporna dengan berkongsikan tips untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya serta jenis bantuan yang sesuai untuk perusahaan kepada usahawan. Program ini sangat bermanfaat untuk memajukan usahawan yang terdapat dalam Pulau Bum-Bum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali