3D SketchUp

15 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

3D SketchUp merupakan antara latihan ICT yang ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti kelas ICT di PEDi Bumbum. Kelas ini dikendalikan oleh staff PEDi yang telah mendapat latihan sebelum mengajar. Objektif kelas ini adalah untuk mengetahui dan mempelajari asas dalam melakar objek 3D dengan menggunakan aplikasi SketchUp. Para pelajar bukan sahaja didedahkan dengan aplikasi 3D SketchUp malahan penggunakan mesin 3D juga turut diberi pendedahan iaitu bagaimana mencetak objek 3D selepas melakar objek tersebut menggunakan SketchUp.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali