PIK@Pusat Pembelajaran Komuniti
21 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Pulau Bum-Bum menjadi antara PEDi yang telah ditransformasikan fungsi dan peranannya. Antaranya PEDi menjadi Pusat Pembelajaran Komuniti. Dengan hanya perlu membayar yuran sebanyak RM10.00 sebulan, komuniti akan mengikuti kelas yang telah disediakan oleh staff PEDi mengikut kesesuaian pelajar. PEDi Pulau Bum-Bum telah menjadi tempat pembelajaran bagi komuniti setempat terutamanya dari kalangan pelajar sekolah. Kelas yang diadakan setiap hari sabtu dan ahad setiap bulan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: