Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 15 Oktober 2019


Program STEM Tourism Carnival 2019

span>13 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Karnival Sains, Teknologi, Engineering, Multimedia (STEM) peringkat daerah Semporna yang telah berlangsung di SK Bukit Lalang. Pusat Internet Pulau Bum Bum bersama-sama Pusat Internet daerah Semporna yang lain telah terlibat untuk mengadakan bengkel 3D Sketchup, Coding dan Hardware.......seterusnya



Mobile Community Servis

4 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Mobile Community Servis merupakan program anjuran bersama Kementerian Kewangan Malaysia dan Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS). Program yang berlangsung selama 3 hari bertempat di Padang Pekan Semporna. Pusat Internet Kluster Semporna bersama Sukarelawan ICT telah terlibat dalam program ini, dimana SKMM membuka Booth untuk semakan MyFreeView.......seterusnya



Monitoring MIV

30 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sesi Monitoring sukarelawan ICT Pusat Internet Pulau Bum Bum oleh MCMC HQ Cyberjaya, bertempat di Homestay De Village Kg Gallam-Gallam Pulau Bum Bum. MIV telah menjalankan program Photography using smartphone bersama komuniti di sana........seterusnya



Advokasi: Keselamatan Siber

27 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kluster Semporna meneruskan Siri Jelajah Didik ICT ke Sekolah di Pulau Bum Bum iaitu SMK Bum Bum. Dengan topik Keselamatan Siber: Jenayah Siber & risiko serta hak dan tanggungjawab. Sasaran Advokasi kali ini adalah pelajar Pra-U SMK Bum Bum. Antara slot ceramah yang disampaikan ialah Buli Siber, Online Grooming.......seterusnya



Program Jalinan Mesra bersama Komuniti

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Program jalinan mesra bersama komuniti Kg Terusan Teluk, bertujuan untuk memperkenalkan lagi Pusat Internet kepada masyarakat, disamping melakukan aktiviti yang melibatkan ICT kepada komuniti. Program ini merupakan kerjasama bersama Sukarelawan ICT dan Pusat Internet Pulau Bum Bum.........seterusnya



Bengkel MIV bersama Komuniti

9 September 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Borneo Royale Hotel Tawau. 10 buah Pusat Internet terlibat masing-masing 5 dari Tawau dan 5 dari Semporna dan seramai 10 orang Pengurus PI turut serta. Setiap PI perlu membawa 5 orang peserta sukarelawan mewakili PI masing-masing. Bengkel telah dikendalikan oleh sekreteriat MIV..........seterusnya



Program Kahoot Challenge Kemerdekaan

23 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan kal 62, PI Pulau Bum-Bum telah mengadakan aktiviti iaitu kuiz Kahoot kepada pelajar tingkatan 6 SMK Bum-Bum. Aktiviti ini bertujuan untuk menyemarakan lagi semangat bulan kemerdekaan kepada para pelajar sekolah dan menjadi pengisian untuk minggu kemerdekaan di sekolah...........seterusnya



Program JomStudi SK Hampalan

22 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Program JomStudi bersama pelajar SK Hampalan, Pulau Bum-Bum. Fokus program JomStudi adalah kepada pelajar-pelajar tahun 6, dan juga ibu bapa, agar semua ambil maklum bagaimana menggunakan website JomStudi. Program ini, turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar dan guru-guru SK Hampalan............seterusnya



Program Khidmat Komuniti Kg Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Program khidmat komuniti anjuran Pusat Internet (PI) Pulau Bum-Bum dengan kerjasama Ketua Kampung dan MPKK Kg Pantau-pantau Pulau Bum-Bum. PI mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kampong seperti masjid, rumah dan persisiran pantai. Selain itu, PI juga berkongsi mengenaik Pusat Internet dan MyFreeView kepada Komuniti............seterusnya



Program Kem Jomstudi

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 dan 21 Julai 2019, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan satu kem jomstudi. Di mana, pelajar bermalam selama dua hari satu malam bersama staff PI Pulau Bum-Bum. Program bertujuan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan pelajar mengenai jomstudi serta memudahkan pembelajaran para pelajar...........seterusnya



Program Bersama Penternak Rumpai Laut Dengan Kerjasama Jabatan Perikanan

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah membuat satu program kerjasama bersama Jabatan Perikanan kepada pengusaha rumpai laut yang terdapat di Pulau Bum-Bum. Program ini telah diadakan di Kampung Gelam-gelam yang merupakan salah satu Kampung yang paling banyak mengusahakan rumpai laut dan Kampung Gelam-gelam...........seterusnya



Program Jomstudi Bersama SK Balimbang Dan SK Terusan Tengah

19 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Jomstudi merupakan hub pembelajaran digital yang diterajui oleh Astro, Digi dan Media Prima (MDEC) turut diteruskan lagi dengan dua buah sekolah iaitu Sk Balimbang dan Sk Terusan Tengah yang disertai para palajar bersama golongan ibu bapa yang turut berkongsi maklumat mengenai kepentingan dan kelebihan jomstudi pada masa kini...........seterusnya



Pertandingan 3D Sketchup Bersama Pelajar SMK Bum-Bum

13 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah menganjurkan pertandingan3D sketchup bersama pelajar SMK Bum-Bum yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang diwakili tiga kumpulan, Setiap kumpulan dianggotai seramai 3 orang peserta. Aktiviti bertujuan memberikan pelajar lebih memahami akan prinsip 3D sebenar dalam dunia teknologi masa kini...........seterusnya



Program Jomstudi bersama SK Terusan Baru

12 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Julai 2019, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan satu program Jomstudi bersama Pelajar Sk Terusan Baru yang turut dihadiri golongan ibu bapa pada hari berkenaan. Jomstudi adalah satu inisiatif dan hab pembelajaran digital yang diterajui oleh Astro, Digi dan Media Prima (MDEC). Bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran pelajar...........seterusnya



Program Keusahawanan Pusat Internet Pulau Bum-Bum dengan Kerjasama MARA

11 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program keusahawanan turut diteruskan pada 10 Julai dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Program ini bertujuan bagi membantu para usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan kehadiran Encik Nazrie Bin Mohammad selaku pegawai MARA Daerah Semporna dengan berkongsikan tips untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya serta............seterusnya



Program Keusahawanan Digital Pusat Internet

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program berlangsung pada 6 Julai 2019 di Pusat Internet Pulau Bum-Bum yang dihadiri para usahawanan yang mempunyai perusahaan sendiri mahupun yang mula ingin berjinak dalam dunia perniagaan. Program bertujuan membantu para usahawan yang ada dalam Pulau Bum-Bum dengan bimbingan sedikit sebanyak bersama staff PI Pulau Bum-Bum.............seterusnya



Program 3D Sketchup bersama pelajar-pelajar SMK Bum-Bum

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan satu aktiviti iaitu program 3D sketchup bersama pelajar-pelajar SMK Bum-Bum, pada 5 Julai 2019 di Dewan Seri Sulabayan SMK Bum-Bum yang di sertai 350 orang pelajar yang terlibat. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar akan kepentingan dan kegunaan 3D sketchup kepada masyarakat dengan arus teknologi terkini.............seterusnya



Program Hari Raya

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, Pusat Internet (PI) Pulau Bum-Bum mengambil kesempatan untuk menyambut perayaan Hari Raya bersama adik-adik PI Pulau Bum-Bum. Pengisian program selain menjamu selera, pelbagai aktiviti juga turut dijalankan bertujuan mengeratkan lagi hubungan sesame manusia. ..............seterusnya





E-Game

20 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Aktivti ini diadakan dengan kerjasama daripada Pusat Internet Kluster Daerah Semporna, dimana seramai 20 orang peserta dari PI masing-masing telah mengikuti aktiviti tersebut....... baca seterusnya



Explorace ICT

20 April 2019 | Aktiviti Terkini

Explorace ICT merupakan aktiviti gabungan bersama Pusat Internet Kluster Semporna bersama ahli PI masing-masing seramai 5 orang. Aktiviti yang dijalankan disekitar kawasan Pekan Semporna, dimana setiap kumpulan perlu mencari kod QR yang tesembunyi mengikut clue yang diberikan. Aktiviti ini menggunakan telefon pintar dan aplikasi Action Bound........ baca seterusnya



Jelajah Didik ICT

17 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Jelajah Didik ICT yang bertempat di SMK Kabogan II Pekan Semporna, telah diadakan pada 16 April 2019 yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 3, 4 dan 5. Iaitu seramai 141 orang pelajar. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar berkenaan penggunaan....... baca seterusnya



Aktiviti: Pertandingan Jigsaw Puzzle

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Aktiviti yang dilakukan bersama-sama pelajar ICT bertujuan untuk memupuk kemahiran dalam menyusun kepingan puzzle yang diberikan disamping mewujudkan sifat persaingan secara sihat dengan rakan-rakan yang lain....... baca seterusnya



Bengkel Microsoft Office

1 April 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel Microsoft Office merupakan program kerjasama bersama Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pulau Bum-Bum. Antara yang hadir wakil setiausaha yang hadir daripada KRT Kg Hampalan, KRT Kg Terusan, KRT Kg Gusung Melanta, KRT Kg Terusan Labayan dan KRT Kg Galam-galam. Bengkel ini lebih memfokuskan kepada penyedian surat rasmi........ baca seterusnya



Jelajah Didik ICT

22 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Jelajah Didik ICT kali ini Pusat Internet Kluster Semporna telah pergi ke Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah Pulau Bum-Bum. Program yang bermula pada jam 9.30am-12.00 pm telah dihadiri oleh murid-murid sekolah seramai 231 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6. Program tersebut juga turut dihadiri oleh Ibu Bapa seramai 41 orang........ baca seterusnya



Didik Cyber Safe

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Didik cyber safe bertujuan untuk memberi pendidikan kepada para pelajar berkenaan keselamatan semasa melayari internet. Antara yang perkara yang ditekankan seperti Klik Dengan Bijak........ baca seterusnya



Bengkel 3D

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum dengan kerjasama bersama Pusat Internet Kg Bubul Lama telah mengadakan Bengkel melukis 3D Sketch Up & Mencetak Objek 3D menggunakan mesin 3D. Bengkel ini telah diadakan di Pusat Internet Kg Bubul Lama, seramai 10 orang peserta telah mengikuti bengkel tersebut........... baca seterusnya



Kahoot Challenge

16 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Kahoot Challenge merupakan aktiviti berbentuk kuiz game menggunakan aplikasi kahoot. Aktivit ini telah disertai seramai 18 orang yang terdiri daripada ahli Pusat Internet Pulau Bum-Bum. .......... baca seterusnya



Program Asas ICT

2 February 2019 | Aktiviti Terkini

Program Asas ICT merupakan program kerjasama bersama diantara Pusat Internet Kluster Semporna. Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Alternatif Semporna yang terletak di Kg Air Semporna. Lebih kepada program yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan ICT dan Komputer. Program ini juga telah dihadiri.......... baca seterusnya



Jelajah Didik ICT (JDI)

23 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program JDI adalah program yang bertujuan untuk mendedahkan murid-murid sekolah mengenai penggunaan ICT, asas-asas komputer sekaligus memupuk kesedaran dalam diri serta membudayakan penggunaan internet secara positif.......... baca seterusnya



Kid’s Digital Pintar

22 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Kid’s Digital Pintar merupakan program lawatan sambil belajar oleh kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum. Seramai 10 orang pelajar tabika bersama 2 orang guru pengiring telah ke Pusat Internet Pulau Bum-Bum.......... baca seterusnya



Sukaneka bersama komuniti

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Kali ini Pusat Internet Pulau Bum-Bum berkesempatan untuk membuat aktiviti bersama komuniti di Kg.Terusan Labayan. Kg Terusan Labayan terletak 1km dari Pusat Internet Pulau Bum-Bum......... baca seterusnya



Pameran Pusat Internet

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Perlawanan Bola Sepak 9-Sebelah anjuran Persatuan Belia Senja Permai Kg.Terusan Labayan yang berlangsung selama 3 hari, Pusat Internet Pulau Bum-Bum dengan kerjasama Pusat Internet Kg.Bubul Lama......... baca seterusnya



Scrabble Challenge

17 November 2018 | Aktiviti Terkini

Scrabble Challenge atau sahiba merupakan permainan game board yang mampu menguji minda pemain untuk berfikir dengan pantas dan kreatif dalam membuat perkataan. PIM telah mengadakan pertandingan Sahiba dikalangan ahli-ahli Pusat Internet seramai 10 orang telah turut serta......... baca seterusnya



Designs Your Own Clothes

6 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada aktiviti kali ini, PIM telah berkunjung ke Kampung Terusan Laut untuk mengadakan aktiviti bersama komuniti disana. Tujuannya selain melaksanakan aktiviti PIM juga mengambil peluang untuk memperkenalakan sekaligus berkongsi tujuan penubuhan Pusat Internet kepada komunti Pulau Bum-Bum......... baca seterusnya



Pertandingan Healthy Breakfast

14 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti di Pulau Bum-Bum, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan pertandingan yang dinamakan “Healthy Breakfast” dimana peserta perlu menyediakan sarapan yang sihat dan berasaskan roti yang merupakan bahan wajib.......... baca seterusnya


Sukanneka Gabungan Pusat Internet Daerah Semporna

07 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kluster Semporna telah mengadakan aktiviti sukaneka gabungan bersama-sama 5 buah Pusat Internet iaitu PI Pulau Bum-Bum, PI Kg Bubul Lama, PI Kg Kg Bugaya, PI Kg Tagasan dan PI Kg Mentalitip. Seramai 25 orang perserta yang terdiri daripada pelajar sekolah telah turut serta bersama 10 orang staff Pusat Internet masing-masing........ baca seterusnya



Aktiviti: Kuiz Klik Dengan Bijak

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar di Pusat Internet Pulau Bum-Bum berkenaan Klik Dengan Bijak. Satu kuiz yang berkaitan “Klik Dengan Bijak” telah diadakan, seramai 7 orang pelajar ............ baca seterusnya


Aktiviti: Explorace II

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan Explorace siri kedua yang bertempat di PI Pulau Bum-Bum. Seramai 11 orang pelajar telah turut serta yang terdiri daripada pelajar sekolah menangah............ baca seterusnya


Pertandingan Mewarna Kemerdekaan

11 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Sempena Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 tahun pada tahun ini yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku”, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan pertandingan mewarna bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan Kg Terusan Tengah Pulau Bum-Bum. Seramai 8 orang pelajar tabika tersebut telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut............. baca seterusnya


Kuiz Kemerdekaan “Sayangi Malaysiaku”

06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tahun ini Negara Malaysia sekali lagi akan menyambut Kemerdekaan kali ke-61 tahun yang bertemakan “Sayangi Malaysiaku”. Pusat Internet Pulau Bum-Bum mengambil peluang pada bulan Ogos ini untuk mengadakan kuiz berkaitan kemerdekaan kepada para ahli Pusat Internet............ baca seterusnya


Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pertandingan mewarna bersama kanak-kanak dibawah umur 10 tahun kebawah. Seramai 5 orang kanak-kanak yang juga merupakan pelajar ICT di Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah turut serta. Mereka diberikan masa selama 1jam untuk mewarna lukis yang diberikan........... baca seterusnya


Latihan ICT

Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT diteruskan setiap minggu, untuk bulan Julai Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan kelas ICT seperti E-Learning (kuiz Bahasa), E-Learning (kreatif origami), E-Learning (education game), pembangunan website dan digital literacy iaitu akvokasi yang berkenaan Buli Siber. Kelas keusahawanan juga turut diadakan setiap bulan.......... baca seterusnya


Mini Sukan Neka

16 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Aktiviti sukan neka ini dijalankan bertujuan untuk memeriahkan lagi Pusat Internet Pulau Bum-Bum dan menarik lebih ramai komuniti untuk berkunjung ke PI. Mini sukan neka yang hanya diadakan didalam permis Pusat Internet secara kecil-kecilan dan santai bersama kanak-kanak. Antara aktiviti sukan neka ialah Mannequin Challenge.......... baca seterusnya


Rumah Terbuka Aidilfitri KRT Kg. Terusan Tengah

10 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Program diadakan sekitar jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang dianjurkan oleh KRT Kg. Terusan Tengah yang telah dirasmikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Semporna iaitu Encik Abdul Rahmat Bin Maliullah bersama Encik Mohammad Mansur Bin Abdul Jalil selaku Pemaju Masyarakat N52 Sulabayan.......... baca seterusnya


Advokasi-Buli Siber

8 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Latihan kelas ICT diteruskan lagi pada bulan Julai dengan kelas Advokasi yang berkaitan buli siber. Tahukan anda? Pembuli siber adalah perkara-perkar bertulis dalam bentuk bergambar atau video yang dipaparkan dialam siber bertujuan menghina atau memperlekehkan orang lain........... baca seterusnya


Deco-Deco Pusat Internet

03 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Bagi mengeratkan lagi hubungai staf Pusat Internet dengan masyarakat, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan permis Pusat Internet dan menghias bersempena sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan tidak lama lagi. Selain aktivit membersihkan kawasan Pusat Internet, menghias dengan hiasan hari raya serta mencipta kad raya..... baca seterusnya


Istimewa Hari Ibu

19 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, tarikh untuk sambutan hari ibu pada 13 Mei 2018. Oleh itu, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengambil peluang ini sebagai merakamkan penghargaan kepada semua para ibu-ibu dengan mengadakan aktiviti bersama pelajar ICT.... baca seterusnya


Hari Terbuka PI bersama komuniti

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Program “Open Day” ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengenalan kepada masyarakat di sekitar daerah Semporna khususnya di Pulau Bum-Bum.... baca seterusnya


Siri Jelajah SEBENARNYA.MY

29 April 2018 | Aktiviti Terkini

Portal SEBENARNYA.MY merupakan pusat sehenti untuk rakyat di negara ini menyemak kesahihan sesuatu berita yang tular dilaman sosial, perkhidmatan mesej segera, laman sesawang dan sebagainya. Ia bertujuan untuk membantu mengurangkan.... baca seterusnya


Lawatan MCMC dan Media ke PI Pulau Bum-Bum

28 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum merupakan antara Pusat Internet yang terpilih untuk lawatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari Cyberjaya dan beberapa orang media dari akhbar Utusan Malaysia dan Bernama.... baca seterusnya


ExploRace ICT

18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

PI Pulau Bum-Bum telah mengadakan aktiviti Explorace yang diberi nama Explorace ICT. Seramai 11 orang pelajar telah mengikuti aktiviti tersebut. Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan dan terdapat 5 checkpoint yang perlu di selesaikan...... baca seterusnya


Advokasi (Online Grooming)

18 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Advokasi adalah satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberikan pendedahkan kepada umum berkenaan keselamatan melayari internet. Inisiatif ini disampaikan oleh Pusat Internet kepada komuniti..... baca seterusnya


Latihan ICT: Melukis 3D

12 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Untuk menghasilkan sesebuah prototype menggunakan mesin 3D Printer, prototype tersebut perlu dilukis terlebih dahulu menggunakan perisian Sketchup Pro 2018. Di Pusat Internet Pulau Bum-Bum ...... baca seterusnya



Senam Sihat

4 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Bagi mengamalkan gaya hidup sihat, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan aktiviti senam sihat bersama dengan penduduk kampung Terusan Tengah.... baca seterusnya


Jelajah Didik ICT ke SMK Bugaya (Advokasi)

25 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Jelajah Didik ICT (JDI) diteruskan lagi ke SMK Bugaya, Semporna yang mana kelab komputer SMK Bugaya menganjurkan “Cyber Safe” dengan kerjasama Pusat Internet daerah Semporna. Ceramah Advokasi yang bertemakan “Cyber Safe” telah berlangsung di dewan serbaguna SMK Bugaya dan seramai 202 pelajar yang terlibat, masing-masing pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6...... baca seterusnya


Jelajah Didik ICT ke Sk Pulau Sumandi (Advokasi)

22 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Pusat Internet (PI) telah melancarkan kempen “keselamatan Internet”dan mengadakan satu ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak menerusi program PI yang dikenali sebagai Jelajah Didik Ict (JDI) bersama murid sekolah......... baca seterusnya


Bengkel Kraftangan (Usahawan PI)

03 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Bengkel Kraftangan telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Pulau Bum-Bum. Bengkel tersebut yang diketuai oleh Saudara Merdekan Bin Jaihanu yang juga merupakan Usahawan PI Pulau Bum-Bum sendiri telah berkongsi cara-cara untuk membuat dan menghias kraftangan menggunakan kulit kerang......... baca seterusnya


E-Learning (Education Quiz)

22 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

E-Learning merupakan satu pembelajaran yang menggunakan medium elektronik seperti video, gambar yang terdapat di internet. Terdapat pelbagai jenis e-learning yang boleh dipelajar di internet. Antaranya education quiz. Dalam kelas ICT, para pelajar telah didedahkan dengan pembelajaran dalam internet iaitu dengan mengadakan kuiz seperti kuiz bahasa, sains dan matamatik........ baca seterusnya


Public Speaking (Klik Dengan Bijak)

14 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan aktiviti yang dinamakan Public Speaking, dimana para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan seramai 2 orang ahli. Mereka diberi tugasan untuk menyediakan bahan pembentangan berkaitan tajuk yang telah diberi. Terdapat 4 tajuk yang diberikan kepada 4 kumpulan iaitu apa yang dimaksudkan dengan Klik Dengan Bijak, Buli Siber, pencuri identiti dan perlindungan maklumat peribadi........ baca seterusnya




Latihan keusahawanan

8 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas keusahawanan, yang bermula seawal 9 pagi dan telah diadakan di bilik Latihan Pusat Internet Pulau Bum-Bum. Seramai 5 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ........ baca seterusnya


Latihan ICT: Power Point

7 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Power Point merupakan bahan yang penting ketika hendak membuat pembentangan samaada diperingkat sekolah atau semasa berkerja. Pada kelas kali ini, para pelajar telah diajar bagaimana cari menyediakan slide......... baca seterusnya


Typing Test Contest

7 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Untuk mengukuhkan lagi pemahamana dan kemahiran para pelajar dalam menggunakan Microsoft Word telah diuji melalui aktiviti, dimana pihak Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan “Typing Test Contest” kepada pelajar sekolah ........ baca seterusnya


Latihan ICT: Mari Belajar Menaip (Microsoft Word_Basic)

24 December 2017 | Aktiviti Terkini

Untuk mengukuhkan lagi penggunaan Microsoft Word dalam kalangan pelajar, Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan kelas menaip atau “Mari Belajar Menaip” Microsoft word basic bertempat di bilik latihan Pusat Internet pulau bum-bum. Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu kelas pagi dan kelas sebelah petang......... baca seterusnya


Latihan ICT: Microsoft Word Siri II

11 December 2017 | Aktiviti Terkini

10hb pada sebelah petang, kelas ICT diteruskan dengan latihan Microsoft word siri II. Dalam kelas tersebut, para pelajar telah diajar bagaimana untuk mengubah saiz tulisan dan jenis-jenis tulisan. Seramai 9 orang pelajar yang menghadiri kelas tersebut yang terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 4 orang perempuan.......... baca seterusnya


Latihan ICT: Microsoft Word (Basic)

11 December 2017 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, yang bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari, telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Pulau Bum-Bum. Seramai 9 orang pelajar sekolah yang masing-masing berumur diantara 12 tahun kebawah telah mengikuti kelas terebut.......... baca seterusnya


Basic ICT: Pengenalan Komponen Komputer

10 December 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Pulau Bum-Bum telah mengadakan kelas ICT secara percuma bermula pada 9hb December 2017. Pada kelas pertama ini, para perserta telah didedahkan dengan komponen utama sebuah komputer. Mengenali komputer merupakan asas untuk mempelajari ICT. Kelas tersebut telah berlangsung pada sebelah pagi dan sebelah petang.......... baca seterusnya


Mengingati Rasullullah S.A.W

02 December 2017 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan maulidur rasul pada 01 December 2017, Pusat Internet telah menadakan aktiviti bersama-sama dengan ahli Pusat Internet Pulau Bum-Bum seramai 9 orang. Aktiviti tersebut berbentuk “Puzzle_word search” dimana semua perserta perlu mencari nama-nama Rasul yang terdapat dalam puzzle tersebut.......... baca seterusnya