Kisah Kejayaan

Mohammad Zul Azwan Bin Mohammad Mansur(Celik IT)

Umur: 12 tahun
No. Tel: 01 1–230 15036
Keahlian PI: 2017

Latar belakang: Saya Mohammad Zul Azwan Bin Mohammad Mansur, berumur 12tahun. Saya bersekolah di SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum, Semporna. Saya tinggal di kampung Terusan Tengah, saya suka mencari sumber baru dengan adanya PI di kampung saya di sini. Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya adalah anak yang ke-7. Nama ayah saya Mohammad Mansur Bin Abd. Jalil. Ayah saya seorang yang penyayang dan selalu menasihatkan saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Manakala ibu saya hanyalah seorang suri rumah dan mengambil berat serta prihatin terhadap anak-anaknya. Saya sayang keluarga saya dan akan menjadi seorang anak yang berjaya dunia akhirat untuk keluarga dan berbakti kepada masyarakat.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum PI tertubuh di kampung saya di sini, saya hanyalah seorang pelajar yang mampu hanya mendengar dari luar sana pasal ilmu ICT dan komputer. Kerja-kerja sekolah saya pun hanyalah berpandukan buku teks sebagai rujukan untuk saya dan ianya adalah terhad untuk saya mendapatkan maklumat. Paling penting untuk saya adalah untuk mengetahui format menaip dengan lebih tangkas dan cara menggunakan icon-icon penting dalam penaipan. ilmu saya sangat kurang lalu saya mengambil langkah dan mengambil peluang dengan tertubuhnya PI di kampung saya yang menawarkan kelas ICT percuma setiap hujung mingguh diadakan dan berjadual dan aktiviti PI jalankan sekali.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Kini saya lebih yakin setelah mengikuti kelas ICT dan lebih tahu apa itu komputer seperti penaipan dalam menggunakan format Microsoft word yang betul. PI bukan sahaja mengadakan kelas ICT malahan kelas keusahawanan sekali dan kemudahan lain juga seperti print, fotokopi, laminate, pengimbas dan banding. Ini membuat saya lebih yakin dan menyenangkan saya membuat kerja-kerja sekolah saya, sebab PI telah menyediakan kelengkapan yang secukupnya kepada saya, keluarga, rakan-rakan dan orang kampung di pulau ini.

Maklum balas pendapat

Bagi saya internet sangat berguna kepada masyarakat samaada mencari maklumat, membuat kerja dan pelbagai lagi. Selain itu PI juga memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masyarakat kampung terhadap teknologi komputer dan internet. Ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktiviti dijalankan PI. saya bersyukur PI dibuka di kampung saya, masih banyak lagi yang perlu saya belajar saya berharap PI ini akan kekal di kampung saya yang mana bukan sahaja dapat membantu saya malah keluarga, rakan-rakan dan warga kampung saya dekat pulau ini. “Terima Kasih PI” memberikan kemudahan dan peluang ini kepada saya dan masyarakat kampung di pulau ini.


Nur Izzaty Binti Peter (Celik IT)

Umur: 10 tahun
No. Tel: +60 17-811 8026
Keahlian PI: 17/12/2017

Latar belakang: saya Nur Izzaty Binti Peter, tinggal di kampung Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum, Semporna dan saya bersekolah di SK Terusan Tengah yang terletak di kawasan Pulau Bum-Bum. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik dan saya adalah anak yang sulung. Saya seorang pelajar yang yang suka membuat latihan kerja sekolah yang di suruh oleh cikgu saya dan rajin datang ke kelas.

Ahli keluarga saya ada 6 orang. Bapa saya bernama Peter Bin Amilbah dan ibu saya bernama Asimah Binti Mad Musa, mereka berdua hanya mengusahakan runcit kecilan sahaja di kampung sementara ayah juga ikut turun ke laut ikut atuk saya untuk menambah sumber pendapatan tanggungan dalam keluarga saya. Dan saya merupakan harapan keluarga juga. Saya sangat sayang keluarga saya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Inilah kisah saya, sebelum ini saya tidak tahu sangat apa itu ilmu ICT tambahan lagi nak tahu apa benda itu komputer. Kebetulan PI telah di tubuhkan di sebelah rumah saya di sini dan kakak di PI yang bertugas telah memberitahu saya yang PI juga menyediakan kelas ICT percuma, iaitu kita akan di ajar basic computer seperti Microsoft word cara-cara menaip yang betul, memasukkan jadual kerja. PI bukan sahaja mengadakan kelas ICT malahan ia juga menyediakan perkhidmatan lain seperti print, photocopy,laminate binding untuk memudahkan saya membuat kerja rumah sekolah.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas saya mengikuti latihan ICT di PI saya lebih mahir menggunakan format atau icon-icon yang terdapat dalam Microsoft word office iaitu lebih tahu cara untuk menaip lebih tangkas dan memasukkan dokumen yang penting dalam kerja sekolah saya, macam mana “save file” untuk menyimpan dokumen saya dari hilang.

Bagi saya PI sangat berguna kepada masyarakat kampung saya di sini, saya bersyukur PI di tubuhkan di kampung pulau saya di sini dan memudahkan saya menyiapkan kerja sekolah saya . Jika dulu saya selalu datang ke cyber cafe di pekan yang mengambil masa kini adanya PI Pulau Bum-bum saya selalu berkunjung malahan mengikuti aktiviti yang mereka adakan waktu ke waktu. Terutama layanan dan penerangan yang sangat baik dari kakak-kakak staff PI di sini sangat bagus.

Maklum balas pendapat

Bagi saya internet sangat berguna kepada masyarakat samaada mencari maklumat, membuat kerja dan pelbagai lagi. Selain itu PI juga memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan dan memberi pendedahan kepada masyarakat kampung terhadap teknologi komputer dan internet. Ia juga dapat meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang di sediakan dan aktiviti dijalankan PI. saya bersyukur PI dibuka di kampung saya, masih banyak lagi yang perlu saya belajar saya berharap PI ini akan kekal di kampung saya yang mana bukan sahaja dapat membantu saya malah keluarga, rakan-rakan dan warga kampung saya dekat pulau ini.


Nor Sida Binti Abd Taing (Celik IT)

Umur:15 Tahun
No.Tel : 0111-4583658
Keahlian PI: 2017

Latar Belakang: Adik Norsida Bt Abd Taing berumur 15 tahun dan bersekolah di SMK Bum-Bum yang juga merupakan pelajar tingkatan 3 dan bakal menduduki peperiksaan PT3. NorSida menetap di Kg Terusan Tengah Lama. Merupakan anak ke2 daripada 5 orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum ada nya PI ditubuhkan di Pulau Bum-Bum, aktiviti harian adik NorSida hanya tertumpu di seklolah dan di rumah. Pagi akan pergi kesekolah manakala waktu petang hanya dihabiskan untuk mengulangkai pelajaran dirumah. Selain itu, melakukan aktiviti bersama rakan-rakan sekampung seperti mandi laut dan mencari siput dilaut. Untuk ICT pula adik NorSida hanya tahu asas komputer sahaja seperti menaip microsoft word, online facebook dan you tube sahaja. Kekurangan terhadap kemudahan seperti internet dan komputer menyebabkan pengetahuan tentang ICT terbatas.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Selepas adanya Pusat Internet yang ditubuhkan khususnya di Kawasan Kg Terusan Tengah yang sememangnya lokasi berhampiran dengan rumah adik NorSida memudahkan lagi untuk ke PI. adik NorSida telah mendaftar sebagai ahli PI sejak tahuan 2017 bagi mendapatkan kemudahan dengan lebih baik dan percuma. Di Pusat Internet Adik NorSida telah mengikuti kelas ICT yang diadakan di PI secara percuma pada setiap hari minggu. Penglibatan adik NorSida dalam kelas ICT telah membantu Nya untuk mempelajaran ICT dan mencari maklumat dengan betul dan sumber yang boleh dipercayai.


Kraftangan Berasaskan Kulit-Kulit Siput/Kerang

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Pertanian: Tanaman Lada

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Perkhidmatan : Pengusaha Kerepek Muruku

Profile Usahawan

Produk

Pengusaha

Facebook


Usahawan Berjaya dengan bimbingan IT dari PI

Julnah Binti Ajak yang berumur 40 tahun , menetap di Kampung Terusan Tengah. Seorang yang rajin dan kuat berusaha untuk memajukan perniagaanya dalam menjual pelbagai jenis tudung terkini. Julnah yang kurang mahir dalam pengurusan perusahaan dalam perniagaan apatalagi menggunakan media sosial. Beliau telah datang ke Pusat Internet dengan mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan setiap hujung minggu, untuk menimbah ilmu dalam diri.

Julnah banyak mengetahui cara mempromosikan perniagaanya di laman sesawang Facebook dalam Penggunaan media sosial dalam berniaga, cara memasarkan perusahaan, perbankan online dan sebagainya sehingga memajukan lagi perusahaannya.serta meningkatkan hasil jualan. Rasa sangat bersyukur melihat kemajuan dalam diri terutama dalam bidang perniagaanya yang kini makin dapat sambutan ramai serta sumber pendapatan perniagaanya yang sangat memuaskan,Setelah belajar Kelas Keusahawanan di Pusat Internet. “terima kasih PI”


Sabrinah Wati Binti Syed Sobri

Latar belakang:

Nama pelajar Sabrinah Wati Binti Syed Sobri, berumur 10 tahun. Adik Sabrina bersekolah di SK Terusan Tengah, Pulau Bum-Bum. Sabrina merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik, dan menetap di Kg Terusan Tengah Lama, Pulau Bum-Bum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Adik Sabrinah tidak tahu menggunakan komputer atau apa-apa kemudahan yang berkaitan dengan ICT. Dirumah juga adik Sabrina tidak mempunyai apa-apa kelengkapan berkaitan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Adik Sabrinah telah berdaftar di Pusat Internet Pulau Bum-Bum dan mengikuti kelas ICT pada tahun 2018. Sepanjang pembelajaran di kelas ICT, adik Sabrinah telah belajar berkenaan komputer dan kegunaan komponen komputer, belajar menaip menggunakan Microsoft Office, melukis menggunakan PAINT, multimedia iaitu edit video menggunakan Movie Maker, download gambar dan lagu serta banyak lagi. Selepas penglibatan di PI, Adik Sabrinah telah mahir mengendalikan komputer dan mahir menaip menggunakan Microsoft office serta penggunaan bahan-bahan di internet. Sepanjang tempoh pembelajaran tersebut, adik Sabrinah telah menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk mengajar adik beradik nya yang lain.

Maklumbalas/pendapat

Bagi adik Sabrinah, kelas ICT yang diberikan kepada mereka sangat bermanfaat dan memberi pengetahuan yang baru kepada pelajar. Seperti sebelum ini, adik Sabrinah tidak tahu kegunaan komputer dan juga komponen komputer serta kegunaan Microsoft Office. Selepas belajar di Pusat Internet Pulau Bum-Bum, banyak perkara baru yang dipelajari terutamanya yang berkaitan ICT dan internet.


Usahawan Berjaya dengan bimbingan IT dari PI

Mohd Rafi Bin Barahim, berusia 42 tahun yang berasal dari Kampung Kabimbangan Pulau Bum-Bum Semporna. Beliau merupakan seorang pengukir kraftangan yang telah di iktiraf dari Kraftangan Persatuan Penggiat Seni Ukir Malaysia sejak tahun 2012. Beliau mula menjalankan perniagaanya pada tahun 1994 yang di warisi sejak turun temurun sebagai pengukir kraftangan. Kraftangan adalah sumber pendapatan utama beliau.

Untuk mengubah dan ingin lebih melariskan produk jualannya, beliau telah berkunjung ke Pusat Internet Pulau Bum-Bum dan berhasrat untuk belajar kelas keusahawanan yang diadakan setiap hujung minggu seperti ingin belajar membuat halaman facebook sebagai media sosial dalam perniagaan secara online kerana beliau sangat kurang dengan ilmu ICT terkini dan banyak lagi ingin beliau rebutkan peluang di PI untuk menambahkan ilmu pengetahuannya tentang memajukan perniagaannya.

Encik Mohd Rafi sangat berteima kasih kerana bimbingan para staff PI Pulau Bum-Bum banyak memberi dan mengubah semangatnya untuk meneruskan peluang perniagaan produknya ke peringkat yang lebih tinggi.

“Terima kasih PI”


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI - Puan Karasun Binti Amir Hassan

Puan Karasun Binti Amir Hassan adalah merupakan pengusaha Jamu Asli Fresh yang diwarisi dari turun temurun dari keluarga. Perusahaan ini telah diusahakannya selama 3 tahun. Puan Karasun juga seorang ibu yang sangat rajin dan cekal di balik perusahaan yang beliau usahakan ini terutama dari cabaran darisegi sumber kewangan,masa dan tenaga. Berkat dorongan suami,anak-anak dan keluarga akhirnya beliau berjaya hingga kini dengan bantuan bimbingan IT dari Pusat Internet Pulau Bum-Bum dalam memajukan lagi perusahaan beliau.

Puan Karasun hanya hanya menjual Jamu Asli Fresh sekitar kawasan kampungnya sahaja terutama rakan-rakan dan Keluarga yang terdekat. Dengan hal ini Puan Karasun mengambil langkah dengan mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Pulau Bum-Bum bagi mengembangkan lagi perusahaannya yang dari kampung hingga ke kawasan luar bandar. Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan di PI akhirnya Puan Karasun mula berniaga secara online dan sambutan adalah sangat menggalakkan sehinggakan beliau COD sesetengah dari sekitar kawasan sabah,hingga semenanjung.

Sangat berterima kasih kerana sudi membimbing sehingga membantu meningkatkan sumber pendapatan beliau dan berjaya dalam perusahaannya. “Terima Kasih PI Pulau Bum-Bum”


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PI - Puan Norhanita

Puan Norhanita yang berumur 34 tahun merupakan seorang pengusaha Kuih Bulan Kampung yang baru memulakan perusahaannya setahun yang lalu yang hanya dijual di peringkat kampung dan keluarga. Demi memajukan lagi perusahaannya dengan mengembangkan ke luar bandar beliau nekad mengubah diri dengan berkunjung ke Pusat Internet Pulau Bum-Bum.

Dengan diri yang sangat kurang tahu ilmu ICT beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet Pulau Bum-Bum. Puan Norhanita sangat bersyukur kini beliau suda tahu cara berniaga online dengan menggunakan ‘pages facebook’’, online banking, buat sticker produk, promosikan produk dan banyak lagi. Kini permintaan ke atas jualannya semakin meningkat dengan permintaan tempahan secara online dan panggilan dari kedai untuk membeli produk Kuih Bulan Kampung. Terima kasih Pusat Internet Pulau Bum-Bum atas tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan.


Norliyana Binti Syed Sobri

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya saya tidak tahu cara menggunakan komputer, apatalagi mengendalikan sebuah komputer. Dari situ saya mengambil kesempatan telah berkunjung ke Pusat Internet Pulau Bum-Bum dan mengikuti kelas ICT percuma yang diadakan setiap hujung minggu bagi menambahkan ilmu pengetahuan saya berkenaan ilmu ICT.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Dengan berkat kesungguhan staff Pusat internet Pulau Bum-Bum mengajar di dalam kelas, alhamdulillah kini saya lebih mahir dalam mengendalikan sebuah komputer dimana dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya yang dari kosong hinggalah mahir dalam ilmu ICT.

Maklum balas pendapat

Saya ucapkan terima kasih kepada Staff Pusat Internet Pulau Bum-Bum, kerana sudi mendidik dan membimbing saya sepanjang mengikuti kelas hinggalah saya mahir dan berjaya dalam ilmu ICT serta banyak memberi manfaat kepada saya mahupun rakan-rakan yang lain.


Rafiq Bin Abdullah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Awalnya saya memang tidak tahu cara menggunakan komputer dan saya hanya mendengar melalui rakan-rakan serta iklan di TV. Dari situ saya mengambil inisiatif mengikuti kelas ICT percuma yang ditawarkan di Pusat Internet Pulau Bum-Bum yang diadakan di setiap hujung minggu untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya berkenaan ilmu ICT serta mengenali komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT saya banyak mempelajari seperti menggunakan Microsoft word, Microsoft PowerPoint, Microsoft Excell, editing video, 3D sketchup, E-Learning, pembangunan website dan banyak lagi.

Maklum balas pendapat

Terima Kasih Staff PI Pulau Bum-Bum kerana sudi mengajar dan membimbing saya dalam ilmu ICT sehingga saya berjaya memperbaiki kelemahan saya tentang ICT. “tanpa anda siapalah saya” Terima Kasih PI


Puan Noranihal

Puan Noranihal yang menjalankan perniagaan lekor setahun lalu yang diniagakan secara kecil-kecilan di sekitar Kampung yang turut dibantu keluarga dan dorongan suami. Berumur 36 tahun dan mempunyai 6 orang anak. Sebelum ini Puan Noranihal tidak begitu tahu cara berniga atau memasarkan lagi perniagaan beliau di media sosial. Dimana beliau tidak mempunyai pengetahuan mengendalikan perniagaan secara online. Pendapatan sebulan beliau perolehi sekitar dalam lingkungan RM200 ringgit itu pun ada turun naiknya dan tidak menentu.

Selepas mengikuti Kelas Keusahawanan di PI Puan Noranihal Mula menjalankan perniagaan secara online dan mengetahui cara mempromosikan lagi produk di media sosial dan lebih tahu akan penggunaan internet dan Mencipta logo untuk perniagaan. Saya ingin mengungkapkan terima kasih kepada staff Pusat Internet Pulau Bum-Bum kerana sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan ilmu ICT dan Keusahawanan kepada saya sepanjang mengikuti kelas.


Rozaimi Bin Tarah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak tahu cara menggunakan komputer terutama darisegi menekan, menaip dan cara “search Google” dalam mencari sumber maklumat ketika melayari internet.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Adik Rozaimi semakin mahir dan banyak mengetahui mengenai ilmu ICT seperti menaip, search google, softskill, E-Learning dan banyak lagi. Malah adik Rozaimi boleh berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar dengan rakan-rakan lain yang masih lemah dan tidak mengenali ilmu ICT.

Maklum balas pendapat

Terima Kasih Staff PI Pulau Bum-Bum kerana memberi tunjuk ajar selama saya mengikuti kelas ICT setiap hujung minggu diadakan dan mengubah diri saya semakin mahir menggunakan ilmu ICT.

Terima Kasih PI


Nur Izzaty Binti Peter

Latar belakang:

Nur Izzaty Binti Peter berumur 12 tahun. Adik Izzaty bersekolah di Sekolah Kebangsaan Terusan Tengah dan merupakan pelajar tahun 6. Adik Izzaty merupakan anak sulung dari empat orang adik-beradik dan harapan kedua ibu bapanya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Izzaty memang merupakan pelajar kelas ICT Pusat Internet Pulau Bum-Bum pada tahun 2017. Adik izzaty ingin mendalami lagi ilmu pengetahuan ICT, sehingga kini masih lagi mengikuti kelas ICT di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Banyak ilmu ICT yang adik Izzaty telah pelajari terutamanya dalam sukatan terbaru dalam Kelas “Jomstudi”. Di mana banyak rakan belajar seperti Classruum tutorial, Astro tutor Tv, Full A Mark ,Digi dan MDEC. Keadaan ini adik Izzaty makin mahir dalam ilmu ICT.

Maklum balas pendapat

Terima kasih Pusat Internet Pulau Bum-Bum, saya harap didikan akan terus ada untuk saya dan banyak memberi manfaat kepada diri mengenai ilmu ICT pada masa kini.


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Dayang Nur Aisa

Pengusaha berasal dari kampung Balimbang dan menjalankan perniagaan ini pada tahun 2020, menceburkan diri dalam produk juicy mixberry adalah satu keinginan dan minat beliau dalam bidang kecantikan. Dalam masa yang sama untuk menamnbahkan sumber pendapatan ekonomi beliau sendiri dan keluarga.

Dayang Nur Aisa memang tahu serba sedikit pasal ilmu ICT namun beliau ingin lagi menambahkan ilmunya dalam bidang keusahawan yang hanya berniaga secara online lebih melariskan lagi produk jualannya dan beliau telah berkunjung ke Pusat internet Komuniti Pulau Bum-Bum untuk menimbah ilmu dengan mengikuti kelas dan kursus keusahawanan dalam melariskan jualan produknya.

Dengan ilmu yang ada dan kesungguhan dalam belajar, kini beliau lebih mahir menguruskan perniagaannya secara jaringan internet dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook,Shopee dan Lazada. Membantu usahawan mempromosikan produk mereka di FB PIK Pulau Bum-Bum, membantu mendaftarkan perniagaan usahawan di Media platform Shopee dan Lazada serta mempromosikan barangan mereka di PIK.


Norhasni Binti Manja

Latar belakang:

Adik Norhasni berusia 13 tahun. Mempunyai 12 orang adik-beradik, adik Norhasni merupakan anak ke-9. Bersekolah di SMK Bum-Bum dan merupakan salah seorang pelajar yang rajin menghadiri kelas ICT setiap sesi pengajaran pembelajaran diadakan di PIK Pulau Bum-Bum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Norhasni telah mengikuti kelas ICT pada tahun 2018, disebabkan banyak kekurangan dan kelemahan tentang ilmu ICT untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuannya dengan mendaftarkan diri ke PIK Pulau Bum-Bum untuk mengikuti kelas ICT diadakan setiap hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas diadakan, adik Norhasni lebih banyak mengetahui ilmu ICT dan dapat digunakan untuk mencari maklumat kerja sekolah dan di masa akan datang yang berkaitan ilmu ICT.

Maklum balas pendapat

Terima kasih Pusat Internet Pulau Bum-Bum, saya harap didikan akan terus ada untuk saya dan banyak memberi manfaat kepada diri mengenai ilmu ICT pada masa kini.


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Norzaini Binti Musa

Merupakan seorang isteri juga suri rumah yang mempunyai semangat dalam menguruskan perniagaan bersama suami yang di usahakan sejak tahun 2019 hingga kini. Hanya mahir sedikit dalam mengembangkan perniagaan terutamanya dalam penggunaan di media sosial yang turut dibantu suaminya sahaja sebelum ini.

Dengan ilmu yang ada dan kesungguhan dalam belajar, kini beliau lebih mahir menguruskan perniagaannya secara jaringan internet dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook,Shopee dan Lazada. Kini Puan Norzaini lebih tahu berniaga secara online tanpa mengira had masa dengan hanya di hujung jari setelah meminta bantuan dan tunjuk ajar dari staff PIK untuk memajukan lagi perniagaanya.


Muhammad Nazhif Bin Mad Yusof

Latar belakang:

Merupakan pelajar tahun 5. Berumur 11 tahun,bersekolah di SK Terusan Tengah. Mempunyai 4 orang adik-beradik dan merupakan anak bongsu. Sangat rajin mengikuti kelas untuk menambahkan ilmu pengetahuanya lagi tentang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mengetahui ilmu ICT dan cara menggunakannya lalu adik Nazhif mengambil inisiatif sendiri untuk mendaftar kelas ICT dengan berkunjungan ke Pusat Internet Komuniti Pulau Bum-Bum untuk mengikuti kelas ICT yang diadakan setiap hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas adik Nazhif kini lebih tahu menggunakan dan mengendalikan komputer khususnya darisegi mencari maklumat dan pembelajaran yang banyak manfaat untuk di masa akan datang.

Maklum balas pendapat

Terima kasih staff PIK banyak membantu dan mendidik saya dalam kelas ICT keadaan ini menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya di masa akan datang.


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Sarran Binti Hussin

Seorang ibu kepada 2 orang anak. Berumur 29 tahun dan mempunyai harapan besar serta kesungguhan dalam bidang berniaga khususnya dalam tempahan makanan, kek dan kuih muih. Puan Sarran yang sedikit mahir dalam ilmu ICT terutama dalam penggunaan platform media sosial yang lengkap maka dengan itu, timbul dan berniat untuk datang ke PIK Pulau Bum-Bum untuk mendapatkan ilmu Keusahawanan yang diadakan setiap hujung minggu di PIK.

Dengan ilmu yang telah diajar di PIK Pulau Bum-Bum Puan Sarran lebih aktif mempromosikan lagi perniagaanya di Media Sosial dan sambutan pelanggan yang amat menggalakkan. PIK Pulau Bum-Bum sangat membantu saya terutama dalam memasarkan dan mempromosikan lagi produk perniagaan saya secara jaringan internet. Terima kasih PIK Pulau Bum-Bum.


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PIK - Nurisah Binti Jainu

Berumur 40 tahun. Merupakan seorang ibu yang cekal, tabah dan kuat berusaha untuk menampung kehidupan keluarga dan telah menjalankan penjualan kuih Cupcake dan kek di akhir tahun November 2020. Mengetahui ilmu ICT serbah sedikit terutamanya pengguanaan internet dengan itu, puan Nurisah mengambil inisiatif untuk mengikuti kelas keusahawanan dan program diadakan di Pusat Internet Pulau Bum-Bum untuk melariskan dan menambahkan ilmu pengetahuannya untuk melariskan lagi perniagaannya menggunakan secara jaringan internet.

Puan Nurisah kini lebih tahu cara menjalankan perniagaan menggunakan platform di Media sosial yang lebih mendalam jika sebelum ini hanya menjual Cupcake dan kek disekitar kawasan kampung dan kenalan sahaja. Terima kasih PIK Pulau Bum-Bum memberi bimbingan untuk saya memajukan perniagaan melalui platform media sosial terutama berniaga secara online.


Saidatul Norsyahtirah Binti Naub

Latar belakang:

Berumur 12 tahun dan merupakan salah seorang pelajar yang terus mengikuti kelas latihan ICT setiap hujung minggu yang diadakan di PIK Pulau Bum-Bum untuk mengasah ilmu ICT yang ada. Mempunyai semangat yang tinggi dan rajin belajar adalah salah satu sifat yang ada pada diri adik Saidatul Norsyahtirah serta merupakan anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Merupakan pelajar celik ICT sebelum ini dan mengetahui tentang keguanaan ilmu ICT khususnya dalam mengendalikan Microsoft office seperti Microsoft word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel, Microsoft Publisher dan banyak lagi.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Oleh kerana semangatnya yang tinggi adik Saidatul Norsyahtirah terus mengikuti kelas ICT sehingga ke hari ini untuk mendalami lagi ilmu ICT yang dia ada. Banyak ilmu ICT yang dipelajari terutamanya dalam sukatan terbaru dalam Kelas “Jomstudi”. Di mana banyak rakan belajar seperti Classruum tutorial, Astro tutor Tv, Full A Mark ,Digi dan MDEC. Keadaan ini mendorongnya lagi untuk terus belajar ilmu ICT.

Maklum balas pendapat

Saya amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas didikan yang diberikan oleh staff PIK Pulau Bum-Bum sehinnga saya mahir menggunakan ilmu ICT hingga ke hari ini. “Terima Kasih PIK Pulau Bum-Bum”


Sabrinawati Binti Syed Sobrie

Latar belakang:

Berumur 12 tahun, bersekolah di sekolah Kebangsaan Terusan Tengah dan merupakan pelajar yang sehingga kini aktif masih mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Komuniti Pulau Bum-Bum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Oleh kerana semangat yang tinggi adik Sabrinawati tetap ingin mendalami dan belajar ilmu ICT walaupun ia sudah mahir dalam pengunaan komputer sebelum ini.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Adik Sabrina wati lebih mahir dalam penggunaan komputer terutamanya adik Sabrinawati banyak mengetahui pembelajaran secara E-Learning seperti Jomstudi,JomTuisyen, Future Skills for all (FS4A) iaitu pengaturcaraan Micro;bit dan banyak lagi.

Maklum balas pendapat

Terima kasih saya ucapkan kepada satff PIK Pulau Bum-Bum tanpa tunjuk ajar anda siapalah saya sehingga kini, yang tidak tahu dan tidak mahir dalam penggunaan komputer, kini saya lebih yakin untuk saya gunakan ilmu ICT yang saya ada ini di masa akan datang.


Norliyana Binti Syed Sobrie

Latar belakang:

Berumur 11 tahun, bersekolah di sekolah Kebangsaan Terusan Tengah dan salah seorang pelajar yang sehingga kini aktif masih mengikuti kelas ICT di Pusat Ekonomi Digital Pulau Bum-Bum.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Adik Norliyana tetap ingin mendalami ilmu ICT disebabkan semangatnya yang tinggi walaupun ia sudah mahir dalam menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Kini adik Norliyana banyak mengetahui serta mempelajari seperti JomTuisyen, Jomstudi, Future Skills for all (FS4A) iaitu pengaturcaraan Micro;bit dan banyak lagi.

Maklum balas pendapat

Terima kasih PEDi Pulau Bum-Bum memberi tunjuk ajar yang saya tidak tahu dan tidak mahir dalam penggunaan komputer, kini saya lebih yakin dengan kemahiran saya ada dan boleh digunakan di masa akan datang.


Mohammad Azriansyah Bin Abdul

Latar belakang:

Bersekolah di Sk Terusan Tengah dan berumur 12 tahun. Merupakan salah seorang anak harapan keluarga dan sangat rajin berkunjung ke PEDi serta mengikuti kelas serta program yang diadakan PEDi masa ke semasa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Oleh kerana niat yang tinggi ingin mengetahui serta mengenali ilmu ICT, adik Azriansyah telah daftarkan diri sebagai ahli PEDi dan untuk megikuti kelas ICT yang diadakan setiap hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Kini adik Azriansyah lebih mahir menggunakan ilmu ICT atas kesungguhannya mengikuti kelas diadaakan setiap hujung minggu.

Maklum balas pendapat

Terima kasih PEDi di atas didikan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, sehingga saya mahir menggunakan ilmu ICT hingga ke hari ini.

“Terima Kasih PEDi”


Nurazrizamudin Bin Nurdin

Latar belakang:

Merupakan pelajar tahun 6,bersekolah di SK Terusan Tengah. Mempunyai 6 orang adik-beradik dan merupakan anak yang ke5. Telah mengikuti kelas ICT pada tahun 2018 sehingga tahun ini kerana semangatnya ingin menimbah ilmu ICT yang sangat bermafaat di masa akan datang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Tidak tahu bagaimana menggunakan dan mengedalikan komputer dan semangat ini membawa dia untuk terus belajar ilmu ICT yang punya banyak manfaat di masa akan datang.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PIK

Adik Azrizamudin banyak tahu dan mempelajari ilmu ICT yang pelbagai terutama darisegi mengendalikan penggunaan komputer dan pelbagai turut diadakan semasa sesi pembelajaran.

Maklum balas pendapat

Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas didikan yang diberikan oleh staff PEDi Pulau Bum-Bum sehingga saya mahir menggunakan ilmu ICT hingga ke hari ini.

“Terima Kasih PEDi”


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PEDi

Puan Falmah yang merupakan salah seorang pengusaha produk ikan Masin kering yang diusahakan bersama keluarga yang mula menjalankan perusahaan ini pada tahun 2021. Perusahaan ini dibuat secara kecilan dan ingin mengembangkan lagi perusahaanya ini secara meluas. Puan Falmah telah mendapat maklumat berkenaan PEDi Pulau Bum-Bum ada menawarkan kelas keusahawanan secara percuma maka dengan itu puan Falmah telah mengunjungi PEDi dan meminta pandangan mengenai cara meluaskan serta mengembangkan lagi produknya.

Dengan itu, staff PEDi memberi perincian apa yang dapat membantu Puan Falmah untuk perusahaanya serta membimbing puan Falmah sepanjang kelas dijalankan. Berkat kecekalan dan kesungguhan Puan Falmah akhirnya beliau dapat mengetahui ilmu mengembangkan perniagaan serta memperluaskan lagi perusahaanya. Sekiranya ingin membuat tempahan ikan masin kering boleh hubungi di talian: 013-804 6131 atau terus berkunjung ke PEDi Pulau Bum-Bum.

“Terima kasih PEDi atas bimbingan yang diberikan”


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PEDi

Adik Norsidah Binti Abdul Taing yang berumur 19 tahun adalah merupakan anak sulung yang cekal berusaha untuk membantu kehidupan keluarga dan menjual kecil-kecilan iaitu Kerepek Pisang Asli dan kerepek Pisang Masin. Pada mulanya adik Norsidah adalah merupakan salah seorang Pelajar ICT PEDi Pulau Bum-Bum sejak tahun 2018. oleh kerna minat dan ingin membantu keluarga akhirnya adik Norsidah memutuskan untuk mengikut dan belajar kelas Keusahawanan yang dibuat setiap hujung minggu di PEDi untuk berniaga sendiri iaitu membuat produk kerepek pisang buatannya sendiri.

Alhamdulillah kerana kesungguhan adik Norsida akhirnya dapat menambah pendapatan serta dapat sambutan yang menggalakan. Sekiranya ingin membuat tempahan boleh hubungi adik Norsidah di talian: 016-371 9309 atau terus berkunjung ke PEDi Pulau Bum-Bum. Terima kasih PEDi atas bimbingan dan galakkan diberikan bagi memajukan lagi perniagaan saya.


Usahawan Berjaya Dengan Bimbingan IT Dari PEDi

Adik Nuramirah yang merupakan agent Dropship untuk membantu keluarga dan perbelanjaan sekolahnya. Adik Nuramirah merupakan anak ke 3 daripada 6 orang adik-beradik. Adik Nuramirah seorang yang rajin, cekal dan kuat berusaha untuk melariskan lagi jualanya. Adik Nuramirah juga adalah merupakan Pelajar ICT PEDi Pulau Bum-Bum sejak tahun 2018, dan kini membuatnya lebih semangat untuk mengikuti kelas keusahawanan bagi memperluaskan lagi jualanya dengan media platform E-Dagang terkini.

Alhamdulillah adik Nuramirah kinit ahu mengembangkan serta memperluaskan lagi jualanya. Sekiranya berminat dan ingin membuat tempahan boleh hubungi atau PM di talian: 011-5149 5431.

“Syukur alhamdulillah dan terima kasih PEDi atas didikan dan bimbingan yang diberikan”.