Rekreasi Dan Pelancongan

Nd Diver Resort merupakan resort kecil yang diusahakan oleh penduduk tempatan dan terletak di perairan Pulau Bum-Bum, Semporna. Resort ini terkenal dengan konsep “rumah kampung” iaitu bercirikan rumah seperti di Kampung Pulau Bum-Bum, makanan yang disediakan juga adalah menu tradisional masyarakat bajau disediakan khas untuk tetamu yang datang menginap di resort tersebut.
Singgah Lakit Homestay


Singgah Lakit Homestay yang terletak di Kampung Tundun merupakan salah satu homestay yang menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung atau pelancong yang ingin bercuti serta ingin merasa suasana indah Kampung dengan pelbagai pelbagai perkhidmatan lain disediakan seperti Pakej Daytrip pusing-pusing Pulau cantik yang terdapat di Daerah Semporna, Snorkling, kutip Siput, rekreasi santai bersama keluarga dan banyak lagi. Singggah Lakit Homestay juga ia berkonsepkan tinggal bersama, makan bersama seperti satu keluarga dan kawasan homestay di tepi laut. Antara makanan yang menarik seperti ketam segar, ikan segar, sagol, siput laut, putu, tompek dan lain-lain.
InapDesa / Sukai Homestay


InapDesa / Sukai Homestay yang merupakan salah satu perkhidmatan bagi pengunjung atau pelancong mereka yang ingin bcuti menikmati suasana kampung dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti Pakej Daytrip keliling Pulau, snorking, mandi-manda, panggang-panggang dan banyak lagi boleh dilakukan. InapDesa / Sukai Homestay juga terletak di kampung tundun di atas kawasan daratan.