dikendalikan oleh TM
MCMC
Pulau Bum Bum, Sabah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendidikan


SMK Bum-Bum merupakan satu-satunya sekolah menengah yang terdapat di pulau Bum-bum. Pada awal penubuhan sekolah ini, tahap Pendidikan yang disediakan bermula dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 sahaja, bagi mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ketingkatan 6, pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna akan menghantar mereka-mereka yang layak menyambung pengajian ke tingkatan 6 untuk bersekolah di kawasan pekan. Pada tahun 2003, SMK Bum-bum telah menyediakan tahap pendidikan sehingga tingkatan 6 dengan mengambil guru-guru yang berpengalaman untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah tersebut.


Selain sekolah menengah, sekolah rendah juga disediakan untuk golongan kanak-kanak bagi membolehkan mereka untuk memasuki alam persekolahan dikawasan mereka sendiri tanpa perlu pergi bersekolah dikawasan pekan semporna.


Tabika perpaduan merupakan salah sebuah pra sekolah yang terdapat di Pulau Bum-bum. Tabika perpaduan terletak di Kg Terusan Tengah dan menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di tabika tersebut. Tabika perpaduan ini berbeza dengan pra sekolah seperti KEMAS kerana tabika perpaduan diletakan dibawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan guru-guru pendidik yang terlatih.

 

© 2017 Semua Hakcipta Terpelihara.